TAOTAUAJER - Akhbar menyiarkan mengenai keadaan cuaca di Malaysia yang akan bertambah panas dan keadaan ini di jangka berterusan sehingga Ogos. Hujan mungkin akan turun tetapi hanya sekali sekala dan tidak di semua tempat.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kita sedang melalui fasa aktif monsun barat daya.
Suhu dijangka tidak akan meningkat lebih tinggi daripada yang pernah direkodkan antara Februari dan Mac iaitu antara 37°C dan 38°C.
Kita bersyukur kerana tidak di landa fenomena seperti di Pakistan yang mana telah meragut lebih dari 1200 nyawa mengikut rekod sehingga kelmarin. Bagaimana pun cuaca panas tetap memudaratkan kesihatan andai tidak di jaga terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pasti anda tercari cari tips bagaimana untuk mengekalkan kesejukan badan dan juga bagaimana menjaga kesegaran badan dari pada terhidrat.
Berikut adalah beberapa tips yang ingin di kongsikan kepada anda mengenai penjagaan kesihatan badan terutama bagaimana untuk mengharungi cuaca panas di Malaysia lebih-lebih lagi apabila tiba bulan Ramadan.
- Elakkan dari berada di luar dari jam tengahari - awal petang.
- Menutup muka, kepala dengan payung, tudung, topi dan sebagainya jika perlu berada di luar.
- Mandi lebih dan kerap.
- Kurangkan minuman berkafein di waktu malam ketika berbuka atau bersahur pada bulan Ramadan kerana fungsi kafein menyingkirkan air dari badan.
- Ambil minuman yang mampu membekalkan mineral yang lebih dan menyejukkan badan seperti :
- Air 100 plus ( sebarang perisa )
- Air Kelapa
- Air Barli.
- Air Bunga Kembang Semangkuk (biasa di letakkan dalam minuman lai chi kang)
- Air Lengkong.
- Air Sengkuang Cina.
- Air Cap Badak (Original)
- Air Pegaga
Sumber : Rjuna Arjuna FB
Post a Comment