TAOTAUAJER - Seekor gorila jantan yang tinggal di Zoo Higasyiyama dan Taman Botanical di Nagoya, Jepun, telah mensensasikan pengguna media sosial kerana ‘kekacakan’ yang dimiliki.
Gorila yang diberi nama Shabani itu telah menjadi viral selepas gambar mukanya tersebar di laman makro twitter.
Menurut sumber, ramai pengunjung wanita yang datang ke zoo itu telah jatuh hati serta terpikat dengan gayanya yang dikatakan sangat hot dan hensem!
Tapi malangnya, Shabani dikatakan sudah berpunya dan memiliki dua ekor pasangan, Ai dan Nene serta anak yang diberi nama Kiyomasie dan Annie.
Shabani telah dibesarkan di Zoo Taronga di Sydney dan telah berpindah ke Jepun pada tahun 2007.
Pihak zoo juga menyatakan kerana tarikan yang ada pada Shabani, pengunjung wanita di zoo itu telah meningkat.
Jurucakap zoo itu, Takayushi Ishikawa menyatakan populariti yang diperolehi oleh Shabani tidak dijangka sama sekali.
“Shabani menyedari akan populariti yang diperolehinya tetapi gorila itu tetap berkelakuan seperti biasa,” katanya kepada sumber.
Tengok sahaja gambar-gambar yang telah diambil, bukan main fotogenik lagi Shabani, macam mana perempuan tak terpikat!
TAOTAUAJER : Ceh ceh pandai pulak gorila ni posing bila bergambar. Hahahaaa.. Pelik jer kann..
Post a Comment