SERIUS! - Ramai Yang Belum Tahu Yang Cara Ini Boleh Menjimatkan Minyak Kereta Anda!

TAOTAUAJER - Harga bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. 


Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan. 

Antara cara menjimatkan perbelanjaan minyak petrol anda ikuti tips di bawah ini

 Dari segi kenderaan

1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah

Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.

2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan

Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan.

Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali

3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk

Penggunaan minyak bertambahw 10% apabila air-cond dihidupkan.

4. Kurangkan rintangan angin

Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan mempengaruhi kesan rintangan angin.

Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan angin ketika air-cond dihidupkan.

5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan

Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.

Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.

Dari segi pengisian minyak

1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)

Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas.

Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.

2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas

Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka juga penutup itu.

Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka penutup minyak itu dan isi minyak.

3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95

Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.

Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar.

4. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum, kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi

5. Isi minyak hingga tangki penuh

Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan

Dari segi pemanduan

1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.

Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.

Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.

Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

2. Jangan kerap tekan break.

Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.

Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek)

Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.

3. Pastikan guna gear yang betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.

4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi.

Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.

5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.

Dari segi perjalanan

1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang dekat

Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh.

Minimumkan perjalanan jarak dekat.

2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.

Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.

3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.

Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta anda.

Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.

4. Amalkan kongsi kenderaan

Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan.

Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan.

Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.

5. Elak jalan dan waktu sesak

Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja.

Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Dari segi penyelenggaraan

1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan tip top.

Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus

2. Guna bahan rawatan minyak

Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat.

3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala

4. NGV pada kenderaan anda

NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol.

Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda.

Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.

5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk harga servis.

TAOTAUAJER : Semoga dengan perkongsian tips cara menjimatkan perbelanjaan minyak petrol ini dapat membantu anda. 


Post a Comment

Previous Post Next Post