TAOTAUAJER - “Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu,” kata Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Murizah Mohd Zain.
Dia merujuk kepada seorang wanita yang ditahan kerana mengerat lapan bayi yang baru dilahirnya sebelum membuang ke dalam tangki najis.
Suspek sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami pendarahan pada rahim.
Bayi malang itu dikerat menggunakan objek tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri. Kesemua lapan bahagian itu telah ditemui.
Wanita itu dikatakan melahirkan bayi dengan cara berdiri.
Menurut polis, suspek adalah anak tunggal, tidak bekerja dan masih belum berkahwin “Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada binatang,” katanya yang juga Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Star.
Dr Murizah berkata, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.
“Tindakan wanita tersebut sudah melampaui batas kebinatangan kerana binatang pun tidak akan melakukan perkara seperti itu ke atas insan yang lahir dari rahimnya.
“Jika betul dia waras ketika melakukannya, maka saya menyeru supaya dia dihukum dengan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain,” katanya.
Dr Murizah berkata, keadaan masyarakat sudah terlalu teruk, apatah lagi apabila zina sudah berleluasa.
“Mungkin inilah implikasi daripada perbuatan zina. Dalam keadaan seperti ini saya amat yakin perkara yang boleh mengubati gejala ini adalah hukuman keras yang disaksikan umum.
“Ini supaya menimbulkan kegerunan dalam hati yang melihatnya. 100 kali sebatan dan rejam sampai mati di khalayak ramai adalah satu didikan yang paling baik untuk masyarakat yang semakin rosak,” katanya seperti dilaporkan ismaweb.net.
إرسال تعليق