LOL! - 7 Cara Genius Jimat Balik Kampung Ala-Ala Pakar Kewangan

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita sedia maklum memang kita akan guna banyak duit apabila balik kampung. Duit minyak, duit tol, nak servis kereta, dan macam-macam kos sampingan yang lain. Jom kita ikuti tips cara genius jimat punya balik kampung tahun ini mengikut pakar-pakar kewangan dan mereka yang mempunyai pointer tinggi.


Pakar penasihat kewangan mencadangkan orang ramai khususnya umat Islam tidak balik kampung tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menjimat perbelanjaan.

Jimat belanja , tak payah balik kampung? Itu bodoh namanya. Okay tao nak kongsikan antara 7 cara lagi baik dari cara "pakar kewangan" ini.

1. Tukar Duit Raya anda dalam matawang Zimbabwe


Mahukah anda duit raya sebanyak ini?

Umum mengetahui bahawa matawang Zimbabwe adalah paling murah didunia akibat dari kesan inflasi yang melampau.

Disebabkan ramai dari peminta duit raya ini adalah dari golongan kanak-kanak yang tidak mengenal erti kadar tukaran matawang asing, maka sudah tentunya mereka akan melompat kegirangan apabila mendapar wang bernilai berjuta-juta di dalam sampul raya mereka.

Secara halusnya, cara ini juga dapat mengajar mereka untuk lebih bijak memilih pemimpin apabila mereka dewasa kelak untuk mengelakkan Negara kita menjadi semuflis Zimbabwe.

2. Download bunyi ringtone mercun

Tanpa mercun hilanglah seri suasana hari raya. Namun harga mercun yang meningkat ditambah pula langkah tegas KPDNKK merampas kesemua barang haram ini telah meningkatkan permintaan sejurus meningkatkan harga mercun.

Sudah tentunya anda tidak ingin membakar lubang di dalam poket anda, maka sudah memadailah jika anda memuat turun bunyi mercun sahaja ke dalam henset anda.

Masalahnya, disebabkan topup anda dikenakan cukai GST, maka lebih baik anda memuat turun ringtone tersebut di kawasan yang mempunyai liputan WiFi.

3. Pura-pura sakit jika pulang beraya di rumah mertua anda

Sememangnya beraya di rumah mertua merupakan satu nightmare bagi mana-mana manusia harafiah.

Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan semua malapetaka ini adalah dengan berpura-pura anda telah dijangkiti wabak yang mudah berjangkit seperti demam kepialu dan terpaksa berkurung di dalam bilik sepanjang musim raya.

Jika ada orang bertanya bagaimana anda mendapat jangkitan seperti tuberculosis, malaria ataupun Ebola tersebut, jawab sahaja kilang anda kini mengambil banyak pekerja Bangladesh yang tidak disaring tahap kesihatan mereka.

4. Tanam sendiri buluh lemang anda

Sebelum anda balik beraya di kampung, lebih baiknya anda mengambil sedikit masa untuk menanam sendiri buluh untuk dibuat lemang pada hari raya nanti.


Bila la agaknya lemang ni nak masak?
Buluh merupakan tumbuhan yang hidup meliar, dan seperti anda, keliaran buluh itu mampu mengurangkan beban membeli buluh untuk dibuat lemang nanti.

Selain dari menyahut seruan Kementerian Asas Tani, buluh mempunyai kelebihan menyimpan air yang mana boleh digunakan di kawasan-kawasan tertentu di Selangor yang sentiasa menghadapi krisis air.

5. Ganti biskut raya dengan ulam-ulaman

Sempena tahun melawat Malaysia, adalah berfaedah jika kita menggunakan kesempatan hari raya ini untuk menunjukkan kepada tetamu terutamanya tetamu asing akan kepelbagaian bio di Negara kita dengan menghiasi meja-meja di hari raya ini dengan ulam-ulaman dan alam flora yang terdapat di negara kita ini.

Di samping menjana warga yang sihat berbanding biskut raya yang diketahui berkolestrol tinggi, anda tidak perlu bimbang akan menjadi boroi dan mempunyai masalah mengikat tali kasut sendiri.

6. Buat-buat hilang ingatan

Sudah tentunya family anda akan mula bertanyakan bila anda akan pergi melawat sanak saudara pada hari raya nanti.

Mak Lang, Pak Ngah, Mak Usu Cendot akan mula menelefon untuk bertanyakan khabar anda dan menyatakan harapan untuk bertemu anda di hari raya ini, namun harga bahan api yang baru meningkat menyebabkan kos untuk melawat mereka juga meningkat. Maka memadailah anda buat-buat hilang ingatan selepas jatuh di atas tangga rumah anda pada pagi hari raya.

Sudah tentunya selepas itu anda mampu memberi alasan tidak berkesempatan untuk melawat kerana sudah lupa akan jalan untuk ke rumah mereka.


7. Buang TV jauh-jauh

Di samping menjimatkan elektrik, anda juga dapat mengelakkan minda anda menjadi terencat akibat menonton drama ataupun telefilem merapu hari raya.

Anda akan dapati bahawa banyak benda yang boleh dilakukan dengan tidak menonton TV di hari raya, seperti berborak panjang dengan kedua ibubapa anda ataupun lepak dengan jiran tetangga korang yang korang dah lupa nama tu.

Ye la kan, balik kampong mahal-mahal setahun sekali semata-mata nak bergolek depan TV buat ape der. Baik beraya kat KL ngan Bangla je brader.

Post a Comment

أحدث أقدم