WOW! - Inilah Petua MAKANAN SAHUR Untuk TAHAN LAMA Yang Ramai Tak Tahu !!!

TAOTAUAJER - Selamat menyambut Ramadhan buat semua ummat Islam yang membaca artikel ini. Tao disini nak kongsikan tips yang beguna di bulan ramadhan ini.. rasanya masih belum terlambat lagikan. 


Jika anda sering rungsing memikirkan apakah yang akan kita makan untuk sahur. Ada yang mengambil langkah untuk makan sepuas-puasnya tidak ingat dunia dengan harapan tidak akan lapar sepanjang hari. Namun kebiasaannya lapar itu pasti berkunjung tiba.

Kali ini kita cuba mengambil pendekatan yang lain. Kita makan secara bijak. Mari kami tunjukkan :


Tahukah anda bahawa Oat sangat bagus untuk dimakan ketika sahur? Ini kerana ia mengambil masa yang lebih untuk perut kita hadamkan jadi rasa lapar itu datang sedikit lewat berbanding makanan lain.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman beliau :

“Sahur macam biasa dengan makan nasi berlauk. Lepas tu buat milo : 2 sudu milo, gula satu sudu kecil, 5 sudu besar oat dan 3 biji kurma. Minum air kosong 1 gelas. Insyaallah boleh tahan puasa sampai berbuka nanti. Saya amalkan setiap kali puasa kerana saya ada gastrik yang teruk.”

Perkongsian yang baik! Mungkin jika anda tidak sempat untuk siapkan makanan, anda boleh cuba ini :

Sediakan beberapa telur rebus, sekeping roti gandum dan buah-buahan atau sayur-sayuran.


Atau

2. Sapukan almond butter atas roti gandum yang dibakar, kemudian letakkan pisang dan chia seeds.


Tadaaaa! Siap makanan yang cukup khasiat untuk sahur anda. Semoga diberi kekuatan untuk menempuh Ramadhan ini dengan lebih produktif. 
kredit : KREDIT KIAMBANG MERAH.

TAOTAUAJER :Sekian sahaja perkongsian dari kami. Harap dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.  


Post a Comment

أحدث أقدم