WOW! - Hasil Gambar Yang Di Ambil Pada Waktu Malam Di Tepi Paya Ini Amat Mengejutkan

TAOTAUAJER - Bertembung dengan seekor buaya di siang hari sudah cukup menakutkan apatah lagi pertembungan dengan sekumpulan buaya pada waktu malam gelap gelita! Langkah seribu jawabnya! Haha.


Tetapi, bagi jurufoto Larry Lynch, beliau mengambil peluang tersebut dengan menghasilkan karya fotografi yang menarik dan menggerunkan. Tunggulah sehingga anda melihat pasangan mata buaya-buaya yang berjaya dirakamnya dalam gambar-gambar tersebut....Sangat menakutkan!


Mata buaya-buaya ini sebenarnya bukanlah berwarna merah, tetapi ia kelihatan begitu kerana ada reseptor khas di dalam mata haiwan tersebut yang digunakan ketika dalam kegelapan atau dalam keadaan yang kurang cahaya. Reseptor tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama seperti mata kucing tetapi ia memantulkan warna merah berbanding reseptor mata kucing yang memantulkan warna hijau ketika dipancarkan flash.....


Untuk mendapatkan gambar yang sebegini, Larry mengambil risiko memasuki kawasan paya dalam keadaan yang betul-betul gelap.... Mengimbas kembali ketika sesi photoshoot ini dijalankan, Larry berkata “Segalanya bercampur baur ketika saya melakukannya. Di antara melutut di dalam lumpur hitam setebal beberapa inci, kepanasan, kelembapan dan gigitan nyamuk yang dahagakan darah, tetapi hanya satu dalam fikiran saya iaitu ‘ambil gambar yang terbaik dan berambus dari tempat itu’.... Nasib baik Larry berjaya keluar dari tempat itu dengan selamat. Lihatlah gambar yang terhasil, amat menakjubkan.

Setiap titik merah yang menyala itu adalah mata buaya-buaya yang berada di dalam paya malam tersebut. Memang saya tak mahu berada di situ di malam hari, semua buaya tersebut kelihatan amat kelaparan dan menggerunkan! 


Post a Comment

Previous Post Next Post