TIPS! - Langkah Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir

TAOTAUAJER - Assalamualaikum , Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kini beberapa negeri di negara kita dilanda musibah banjir yang teruk. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal.


“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)

Pasti ada yang tertanya apakah persediaan bagi menghadapi musibah ataupun banjir dan seterusnya tips sewaktu banjir dan apakah yang perlu di lakukan selepas banjir

Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
  1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. 
  2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media online, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. 
  3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. 
  4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. 
  5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. 
  6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah. 
  7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.

TIPS SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
  1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)

TIPS SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN
  1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

TIPS SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
  1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
TIPS SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH
  1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH
  1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  6. Jangan minum air banjir.
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)

TIPS APABILA SELEPAS BANJIR
  1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

TIPS SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
  1. Pakai kasut.
  2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


TIPS SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
  1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)

sumber : denaihati.com

TAOTAUAJER : Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menyiapkan diri anda persediaan untuk banjir dan apabila berlakunya banjir di kawasan anda. 

Post a Comment

أحدث أقدم