TAOTAUAJER - Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan antara kejadian yang jarang sekali di perlihatkan. Kelahiran tersebut di Ohio, Amerika Syarikat itu menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.
Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.
Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.
"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.
Kembar sebegini di panggil monoamniotik atau " mono mono "
Bayi kembar tersebut berkongsi kantung amnion dan plasenta. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.
SUMBER : Sinar Harian, Dailymail
TAOTAUAJER : SubahanaAllah ....Ya Allah ,Ya hayyu, Ya Quyyum ,Ya Rahman ,Ya Rahim , Ya khaliq ... bergitu indahnya ciptaan Mu... tidak ada perkara mustahil bagi Allah s.w.t...
إرسال تعليق