SERIUS! - Ada Jemaah Haji Makan benang kelambu Kaabah

TAOTAUAJER - Makkah: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam berkata, kerana kecetekan ilmu agama dan salah tanggapan, beberapa jemaah umrah menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah).


Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan sia-sia itu dilakukan jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.

“Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya.

Menurut Bajoudah, sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan karut.

“Mereka cetek ilmu. Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat.

“Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak.

“Saya berdoa kepada Allah SWT supaya menyedarkan kebodohan mereka,” katanya.
Bajoudah bagaimanapun berkata, ada jabatan di kilangnya yang ditugaskan untuk membaiki bahagian kelambu yang sudah digunting atau dirosakkan.

“Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu,” katanya. - Agensi
sumber : mymetro


Post a Comment

أحدث أقدم