TAOTAUAJER - Biar betul ada tradisi pengebumian untuk manusia yang masih hidup, mungkin ramai yang tak tau dimana tradisi aneh ini dilakukan tiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas , bandar kecil berhampiran Havana.
Ada pelbagai tradisi unik yang kadang - kadang tidak terfikir , salah satunya di Cuba ini .Tradisi itu melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup .
Namun tidak perlu bimbang , pengebumian tersebut hanya perarakan dan bukan benar - benar ditimbus dalam tanah . Selama 30 tahun , festival ini selalu digelar pada 5 Februari dan dikenali dengan nama " Burial of Pachencho " .
Prosesinya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua . Selepas memberikan doa terakhir , sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut " jenazah " untuk diminumnya . Setelah itu ia membuka mata dan keluar dari keranda tersebut .
Seperti pengebumian sebenar , ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung. Mereka juga mendoakan dan menangis jenazah bohongan itu ketika akan dikuburkan .
Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival setempat . Nama " Pachencho " sendiri dipilih bukan berkaitan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan . Alih - alih bersuasana duka , festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan - jalan bandar selama seharian .
" Festival ini memberikan nafas pada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar , " kata Yaumara Solis . " Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada , ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan . "
sumber : news.yahoo.com
TAOTAUAJER : Ianya sememang pelik, apabila terdapat pengebumian bagi seseorang yang masih hidup. Namun begitu tao rasa ianya juga adalah salah satu yang bagus untuk menginsafkan mereka yang banyak berbuat jahat. Sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa keinsafan dalam diri apabila merasai pengalaman jika benar-benar kematian itu tiba.
Post a Comment