TAOTAUAJER - Ini adalah satu kejadian yang pelik apabila seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan **************, sambil menunggu kehadiran ambulans.
Apa yang anda lihat di atas adalah mangsa kemalangan tersebut sedang menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik sewaktu cuba menahan kesakitannya.
Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar.
Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.
"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis.
Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu.
"Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan.
Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge. SUMBER : Utusan Malaysia
TAOTAUAJER : Adoyai... macam nie pun ader.. nampak tak kesungguhannya untuk berjaya, tapi sampai dah taham macam nie memang pelik laa..
TAOTAUAJER : Adoyai... macam nie pun ader.. nampak tak kesungguhannya untuk berjaya, tapi sampai dah taham macam nie memang pelik laa..
إرسال تعليق